Thursday 24 October 2019

KILAS DAN KIAS DALAM MEMAHAMI HIKMAH



Profesor Dr. Hamka berkata, “Dakwah itu mengajak, bukan
mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan.
Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.”

Berdakwah dengan berdialog adalah kaedah yang paling berkesan untuk melembutkan hati yang keras dan menundukkan fikiran yang degil. Dengan dialog, pengajaran-pengajaran yang baik mampu disampakan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dengan dialog juga, hati yang keras dan fikiran yang terbabas dapat dilembutkan dan diluruskan semula.

Kita perlu peka dan tahu bagaimana pendakwah menangani salah faham dan kekeliruan terhadap lslam melalui dialog-dialog ilmiah, dalam suasana yang harmoni dan santai.

Ya, seperti kata kiasian atau kilasan, dalam tamsilan ada  teguran, dalam gurauan dan usikan ada pengajaran yang diselitkan. Ini sangat penting untuk memudahkan para pendakwah untuk memahami kenapa terjadi salah faham tentang Islam dan bagaimana pula cara untuk membetulkannya.

Ketika Nabi Musa a.s. ingin bertemu Firaun, Allah SWT telah berpesan tentang cara pertuturan yang perlu dilakukan olehnya di hadapan penguasa yang sangat derhaka itu. Ketika Firaun sudah tiba kepada puncak kederhakaan dengan berkata, “Akulah Tuhanmu yang paling tinggi”, Allah tetap berpesan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk memperingatkannya dengan lemah-lembut.
Firman-Nya: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Thaha 20: 44)

Dakwah mesti dilaksanakan dengan pelbagai kaedah selaras dengan kepelbagaian watak, keadaan dan realiti yang sedang dihadapi oleh manusia. Namun, prinsip asasnya tetap tidak berubah yakni kasih sayang. Justeru, kasih sayang itu ialah buah kepada iman. Maka menyeru kepada iman, harus dengan iman jua. Bukan dengan cara yang lain.

Kasih sayang itu diterjemahkan melalui tiga kaedah dalam berdakwah yakni hikmah, pengajaran yang baik dan berdebat dengan cara yang baik. Pada golongan yang bijak, harus dihadapi dengan hikmah. Pada golongan yang sederhana, mesti dihadapi dengan pengajaran-pengajaran yang baik. Manakala kepada golongan yang degil, harus dihadapi dengan debat yang baik.

MUHAMMAD MUJAHID BIN ROSMAN
24 OKTOBER KAHERAH,MESIR
12:45 (WAKTU MESIR)

Monday 31 December 2018

PONDOK SISTEM PENGAJIAN TURUN TEMURUN

Pengajian pondok bentuk identiti Muslim, budaya Melayu

 

 

Oleh Latifah Arifin

PENGARUH sistem pengajian tradisional pondok yang dipercayai bertapak di Tanah Melayu sekitar abad ke-18 dan ke-19 antara penyumbang kepada pembentukan identiti Muslim di negara ini.

Sifat berpegang kuat kepada prinsip agama, menghormati institusi Raja Melayu dan budaya khidmat kepada komuniti antara perkara yang ditekankan dalam pengajian warisan Islam ini, selari dengan penekanan adab dalam kehidupan orang Melayu.

Ketua Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah, berkata budaya pengajian pondok yang antaranya memuliakan guru, memberi kesan langsung kepada identiti masyarakat Melayu Islam hari ini.

“Seorang tuan guru sangat penting dalam pengajian pondok kerana ketokohannya dalam bidang ilmu Islam dan juga daya kepemimpinannya.

“Peranan tuan guru dalam komuniti pondok sangat dihormati, bahkan kelangsungan sesebuah pusat pengajian pondok bergantung kepada sejauh mana kemampuan menyediakan generasi pelapis kepada tuan guru yang ada.

Bentuk sikap orang Melayu

Dr Luqman Abdullah membentangkan Perkembangan Pendidikan Islam Tradisional di Malaysia Dalam Membentuk Identiti Melayu-Islam. – Foto Supian Ahmad

“Komuniti pondok ini juga membentuk sifat orang Melayu yang menekankan muafakat dalam kehidupan bermasyarakat dan ia dapat dilihat daripada amalan suka mengadakan jamuan, mengadakan aktiviti agama secara kolektif mengikut peristiwa kebesaran agama, memuliakan ulama dan semangat juang mempertahankan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama bersempena Seminar Hukum Islam Semasa Ke-9 Peringkat Kebangsaan 2019 di Akademi Pengajian Islam, UM dengan pembentangan bertajuk ‘Perkembangan Pendidikan Islam Tradisional di Malaysia Dalam Membentuk Identiti Melayu-Islam’.

Luqman berkata, sistem pendidikan ini juga amat penting bagi menentukan survival ilmu agama dalam dunia moden yang serba mencabar kini.

“Sama ada belajar di universiti, sekolah atau pondok, ilmu pengajian Islam bersandarkan kepada kitab turath (hasil tradisi ilmu) tidak boleh ditinggalkan.

“Ia yang menentukan sama ada ilmu agama boleh terus bertahan dan bahagian ini ditangani dengan baik oleh sistem pendidikan pondok,” katanya.

Beliau berkata, pengajian tradisional turath penting dalam membentuk jati diri khususnya dalam kalangan pelajar agama bagi mempertahankan legasi kesusasteraan Islam yang lahir dalam sejarah perkembangan ilmunya.

Antara peserta Seminar Hukum Islam Semasa IX di Balai Ilmu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. – Foto Supian Ahmad

“Orang yang berminat mendalami ilmu Islam akan mencari pengajian pondok kerana ia mengajar kitab turath bagi mengekalkan identiti pengajian Islam asal.

“Termasuklah di universiti, bagi yang membuat tesis masih menjadikan kitab turath sebagai sumber rujuk,” katanya.

Luqman berkata, kurikulum pengajian di pondok bersifat menadah kitab dari kulit ke kulit.

“Kitab yang digunakan kombinasi dari kitab jawi dan Arab. Sebagai contoh dalam ilmu tauhid, kitab dalam bahasa Arab yang digunakan seperti Hasyiah al-Syarqawi, Hasyiah al-Bajuri dan syarah kepada Matan Jauharah.

Ilmu tasawuf antara bidang yang diberikan penekanan dalam pengajian pondok. Gambar hiasan. – Foto Khairul Azhar Ahmad

“Satu perkara yang ditekankan dalam pengajian pondok ialah ilmu tasawuf dan biasanya kitab yang digunakan seperti Minhaj al-Abidin dan Syarah al-Hikam diulang baca beberapa kali,” katanya.

Katanya, pendidikan tasawuf ini dapat dilihat apabila pengajar menekankan aspek kerohanian, termasuk melazimi solat jemaah dan bacaan wirid selepas solat.

Luqman berkata, walaupun pendidikan tradisi Islam ini tidak lagi berkembang sebagaimana satu masa dahulu, namun ia dilihat masih berupaya untuk bertahan.

“Secara realitinya, pondok bukan lagi sistem pendidikan aliran perdana walaupun ada pondok yang masih kekal dan wujud institusi baharu ditubuhkan di merata tempat.

“Bahkan, pondok baharu ini kebanyakannya bersifat tambahan kepada pengajian tahfiz dan bukan produk tradisional.

Jumlah pondok di Kelantan semakin menurun hingga kini tinggal sekitar 40 hingga 50 pondok sahaja. Gambar hiasan. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

“Jika dilihat situasi di Kelantan, sebelum merdeka terdapat lebih 150 pondok yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, kini angkanya semakin menurun kerana yang tinggal cuma dalam 40 hingga 50 pondok,” katanya.

Bagaimanapun, Luqman berkata, kelangsungan pengajian ini perlu juga dilihat dari segi pengajian bersifat turath dan tradisi.

“Ia mungkin bukan lagi dalam bentuk pondok sebagaimana yang ada tetapi boleh dibuat dalam bentuk pengajian menggunakan sistem moden.

“Dalam bentuk begini, tuan guru bukan lagi menerajui pondok sebagai sebuah institusi tetapi memberikan sumbangan keilmuan turath yang dimiliki kepada sistem persekolahan atau universiti yang moden,” katanya.

Katanya, trend ini semakin berkembang apabila institusi pondok menjadi tumpuan pelajar sekolah dan universiti yang ingin menimba ilmu agama ketika cuti sekolah atau menjadikannya pengajian asas sambilan.

Ia bererti, pengajian pondok masih mampu menyumbang dan dapat melengkapi sistem pendidikan moden sedia ada.

Wednesday 22 August 2018

TUKANG SIKAT RAMBUT PUTERI FIRAUN (MASYITAH MATI MEMPERTAHANKAN IMAN)


                
Kita semua, sedia maklum bahawa Firaun mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata agar menyembah dan memperhambakan diri padanya. Barang siapa yang engkar dengan suruhannya akan diseksa atau dihukum bunuh. Begitulah kejamnya Firaun.
Walaupun hukuman diugut dengan hukuman bunuh, terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada Allah. Diantaranya ialah Siti Asiah, isteri Firaun sendiri dan keluarga Masyitah.
Masyitah adalah pelayan raja yang paling lebih terkenal sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan keislaman mereka agar dengan itu mereka tidak diganggu oleh Firaun dan
orang-orangnya.

Walau bagaimanapun suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan tanpa disengajakan dia melatah dan menyebut, “Allah!”
Puteri tersebut bertanya siapakah ‘Allah’ itu. Pada mulanya Masyitah enggan menjawab pertanyaan itu.Namun puteri itu terus mendesak Masyitah agar menjawab pertanyaannya. Akhirnya dengan tenang Masyitah berkata, “Allah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam .”
Puteri tersebut dengan serta-merta mengadu kepada Firaun tentang Masyitah. Firaun terperanjat apabila mendengar Masyitah menyembah selain dari dirinya. Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintah menterinya bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan keluarganya yang telah menyembah Allah.
Jasa Masyitah yang begitu banyak terhadap keluarga Firaun langsung tidak dikenang oleh Firaun. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana.Tanpa usul periksa Firaun menjatuhkan hukuman berat kepada Masyitah dan keluarganya.
Begitulah zalim dan kejamnya Firaun yang tidak berhati perut langsung. Beginilah sikap manusia yang punya kuasa dan kedudukan, yang lupa bahawa dia juga hamba kepada Tuhan yang menciptakannya. Manusia yang lemah terus diseksa sesuka hatinya.
Di pihak Masyitah pula, dia sedar bahwa inilah masanya Tuhan hendak menguji keimanannya. Meskipun lemah fizikalnya namun Masyitah memiliki kekuatan jiwa yang sukar ditandingi oleh

wanita lain. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia kufur, sombong dan bongkak itu terhadapnya.
Hamman telah memaksa pengawal-pengawalnya menyediakan kawah yang besar. Hamman ingin merebus Masyitah serta keluarganya yang terdiri dari suami dan empat orang anak termasuk seorang bayi yang masih kecil.
Masyitah dan keluarganya melihat air di dalam kawah yang dimasak sehingga mendidih namun itu sedikitpun tidak menggugat keyakinan mereka kepada Allah. Sebelum ditolak ke dalam kawah tersebut, Masyitah sekeluarga telah ditanya oleh Hamman samada mahu selamat dengan menyembah Firaun kembali atau masuk ke dalam kawah dengan beriman kepada Allah. Dengan tegas mereka berkata, “Kami akan terus beriman kepada Allah sekalipun terpaksa terjun ke dalam kawah yang menggelegak ini.”
Maka Hamman pun memaksa satu-persatu keluarga Masyitah terjun ke kawah tersebut dengan sombong dan ketawa terbahak-bahak sambil menyindir dan menghina mereka. Suami Masyitah dicampak dahulu dan diikuti dengan anak-anaknya. Masyitah melihat sendiri bagaimana suami dan anak-anaknya terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu. Akhirnya tinggal Masyitah bersama bayi yang sedang dikendongnya.
Di waktu itulah syaitan membisik ke telinganya, tidakkah dia rasa kasihan dan simpati pada bayinya yang masih merah dan tidak tahu apa-apa itu. Masyitah mula merasa ragu-ragu sama ada hendak membiarkan dirinya dicampak ke dalam kawah itu atau tidak. Ketika itu, dengan kuasa dan kehendak Allah, tiba-tiba anak yang masih kecil itu berkata-berkata kepada Masyitah, ibunya, “Wahai ibu marilah kita menyusuli ayah. Sesungguhnya syurga sedang menanti kita.”
Bila mendengar kata-kata itu, Masyitah dengan rasa kehambaan kepada Allah mencampakkan diri dan anaknya ke dalam kawah yang sedang menggelegak itu. Kawah itu dikacau oleh pengawal dengan menggunakan penyudip besi. Mereka dikacau seperti ikan yang direbus. Maka matilah Masyitah bersama keluarganya demi mempertahankan aqidah dan keimanan mereka.
Walaupun di dunia ini menerima seksa dan sengsara tetapi di Akhirat nanti, Allah telah menjamin syurga untuknya. Masyitah rela direbus hidup-hidup di dalam air menggelegak panas sehingga menyebabkan hancur dan masak kulit, isi dan seluruh badannya demi mempertahankan keyakinannya kepada Allah. Dia menerima segalanya dengan penuh keimanan, sabar dan redha kerana dia yakin Allah tidak akan mensia-siakan keyakinan itu.
Begitulah kawan-kawan bagaimana hebatnya keyakinan Masyitah dan keluarganya kepada Allah. Keimanannya sungguh mendalam sehingga dia tidak takut dengan ancaman Firaun. Sememangnya Allah telah menjanjikan nikmat syurga yang kekal abadi untuk Masyitah dan keluarganya.

Sunday 31 December 2017

KITA DI MASYHAR KELAK

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. tak de satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.
1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2)tak ingat
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin.. ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...
Terdapat dua jenis manusia
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.

Saturday 25 November 2017

IMPACT OF TEACHER CAN BE TRULY LIFE CHANGED

Fitrah manusia suka akan penghargaan.Allah memahami seorang hambanya dalam kesedihan tidak kira apa jua keadaan.Jadi Allah hantar kan seorang yang boleh membuat kan hati kita gembira dan tersenyum sipu.kadang kita bukan faham apa yang allah aturkan dan kita tidak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan.

Saya nak mengucapkan terima kasih kepada kakak Fatin yang banyak mengajarkan saya.Kakak Fatin antara salah seorang guru yang banyak berubahkan saya walaupun hanya sementara.Berperwatakan baik,garang dan lemah lembut, insan yang paling berlembut pernah saya jumpa).Beliau juga adalah seorang yang pandai dalam bidang ilmu falsafah.                                           Kagum akan keperibadiannya,ini yang menyebabkan saya tertarik.Tingkah laku beliau membuatkan sedikit perubahan cara hidup saya,perilaku dan wajahnya iras-iras ibu saya ketika muda.memang manis.Bila waktu kelas,kakak Fatin sentiasa dengan senyumanya yang menunjuk giginya yang putih,tampak riak keikhlasan beliau.Begitu sempurna senyumannya, di saat itulah saya dapat mengukirkan senyum paling manis di dalam diri saya.Seronok sangat waktu itu.Dan saya rasa tak perlu berlakon atau menukar watak  ketika berjumpa dengannya. mungkin ini adalah ciri-ciri positif yang Allah beri kepada seorang perempuan yang menjaga kehormatannya.Kakak Fatin memang baik kalau nak cerita terlalu panjang.Kadang terasa kerinduan sewaktu belajar dan bergurau bersamanya.Namun perasaan itu tetap menjadi penguat untuk saya terus maju ke hadapan.

»You're the special person

Sukar mencari insan sepertinya,tapi ingatlah Allah maha penyayang dia berhak untuk  menurunkan rahmat kasih sayang kepada sesiapa yang dia kehendaki.Setiap insan perlu menanam perasaan cinta akan Ilahi,demi mencari sebuah ketenangan yang damai.Fitrah manusia inginkan kasih sayang.Akan tetapi kebahagiaan dan kasih sayang itu bila-bila masa Allah boleh tarik kembali.Kebahagiaan yang hakiki terletak di syurga nanti.Berusahalah untuk mendapatkan kebahagiaan dan kasih sayang yang abadi  

Jadi lah seorang yang baik jika inginkan orang disekeliling kita orang yang baik.Cari lah sahabat yang boleh memimpin kita kepada kebaikan.

Semoga Nurfatin binti jalil berjaya dalam pelajaran serta berjaya di dunia dan di akhirat.Insya Allah Amin.

Alhamdulillah....terima kasih Ya Allah


                                       

🌹



Hakcipta Terpelihara.

Tuesday 21 November 2017

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY DAN KEMEWAHAN

" Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

" Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

" Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

" Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

" Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

" Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

" Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah. " - TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2004)

Wednesday 18 October 2017

PESANAN RINGKAS

NASIHAT
Kalau ada orang muslim menyokong org kafir kerana kononnya org kafir boleh membangun. maka sampaikanlah pada dia bahwa firaun boleh membangun mesir menjadi negara maju, penduduknya hidup makmur tetapi fir’aun mendustakan Allah, maka Allah hancurkan dia.
kalau ada orang Muslim menyokong org kafir kerana kononnya org kafir boleh  membuat negara kita menjadi moden. maka sampaikanlah pada dia bahwa namrud boleh membangun Messopotamia menjadi negara yang moden, bangunan menjulang ke atas dengan teknologi canggih ketika itu. Hanya namrud mendustakan Allah, maka Allah hancurkan dia.
Kalau ada orang Muslim menyokong org kafir kerana kononnya org kafir boleh menjadikan hidup makmur, maka sampaikanlah pada dia bahwa Bangsa saba’ boleh membangun negerinya menjadi negara yang makmur, bebas rasuah Dan kaum saba’ mendustakan Agama Allah, maka Allah hancurkan mereka..
percaya lah orang yang selalu bersama Allah tidak akan pernah kehilangan apapun, tetapi orang yang kehilangan Allah maka ia akan kehilangan segala nya.
Saya tidak benci dengan orang non muslim atau membiarkan muslim yg korup, tetapi Allah dengan firmannya melarang saya untuk memilihnya sebagai pemimpin dan teman setia dan mengetepikan ukhuwwah sesama muslim apalagi jika mereka berani mencampuri urusan agama kami.
Saya tidak ingin berdebat dengan Anda yang mendukung mereka, apalagi jika Anda yang orang islam.
Bagaimana saya boleh meyakinkan Anda, sedangkan Firman Allah pun Anda abaikan.
Tanyalah orang-orang soleh.
Mengapa mereka tidak mahu berhibur?
Nescaya mereka akan menjawab.
Bagaimana kami mahu berhibur sedangkan,
Mati itu di belakang kami.
Kubur itu di hadapan kami.
Kiamat itu janjian kami.
Neraka itu memburu kami.
Dan perhentian kami ialah Allah.
afala ta'kilun...? tidakkah kamu berfikir...?
WASIAT IMAM ASY SYAFI'I
Imam asy Syafi’i rahimahullah, pernah berwasiat:
“Nanti diakhir zaman akan banyak Ulama’ yang membingungkan umat, sehingga umat bingung untuk membedakan dan memilih yg mana Ulama’ Warosatul Anbiya’ (penerus nabi) dan yg mana ulama’ suu’ (jahat) yang menyesatkan umat.”
Maka Imam Syafi’i rahimahullah pun melanjutkan:
“Carilah Ulama’ yang paling dibenci oleh orang-orang kafir dan orang munafiq, dan jadikanlah ia sebagai Ulama’ yang membimbingmu, dan jauhilah ulama’ yang dekat dengan orang kafir dan munafiq kerana ia akan menyesatkanmu, menjauhimu dari keredhaan Allah.